Isnin, 16 Ogos 2010

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN





1. Alhamdulillah kerana kita berkesempatan ditemukan lagi dengan bulan yang penuh berkat ini.

2. Kepada pengunjung blog ini yang beragama islam diucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Semoga iman dan amal kita semakin bertambah.

3. Pesanan saya semoga jangan ada yang sengaja ponteng puasa. hehe.. tunaikan solat tarawikh walaupun ianya sunat kerana banyak ganjaran yang Allah janjikan didalamnya. tapi utamakan dulu solat wajib 5 waktu.

4. Kepada rakan2 yang bukan beragama islam, hormatilah rakan anda yang sedang berpuasa tu. kadang2 ada yang sengaja makan & hisap rokok depan mereka, siap hembus asap rokok dekat muka diorang lagi.. Dugaannn... kekeke.. gurau2 jugak, tapi biar bertempat lah o.k.

5. Semoga kita akan terus harmoni & saling faham memahami di negara yang bermasyarakat majmuk ini.. peace..

sekian..


Khamis, 25 Mac 2010

25 MAC 2010 ADALAH HARI POLIS YANG KE 203




1. Saya selaku anggota Pancaragam PDRM yang juga warga PDRM, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis yang ke-203 (hari ini) kepada seluruh warga kerja Polis DiRaja Malaysia sama ada yang bertugas di dalam negara mahupun yang bertugas di luar negara (tugas pengaman).

2. Semoga kita semua lebih bersemangat, komited dan profesional dalam melakukan tugas sepadan dengan usia intitusi kepolisian yang telah mencecah 203 tahun.

3. Apa yang pasti pada hari yang bersejarah ini, seperti yang telah diberitakan oleh 'UTUSAN MALAYSIA' (versi online), kita akan mendapat dua suntikan semangat dari kerajaan. Di bawah ini saya ada 'paste'kan petikan beserta link dari Utusan Online..

a) KUALA LUMPUR 25 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan elaun bulanan RM200 kepada 33,000 anggota dan pegawai tugas khas sempena hari polis ke-203. Kerajaan akan memperuntukkan RM84juta untuk tujuan itu. - Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

b) KUALA LUMPUR 25 Mac – Kerajaan bersetuju menaikkan pangkat anggota polis berpangkat konstable kepada lans koperal selepas tiga tahun dan lans koperal kepada koperal selepas lima tahun berkhidmat. Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan Hari Polis ke-203 hari ini. - Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

4. Laksanakan tugas dengan Tegas, Adil Dan Berhemah. Serlahkan 'Integriti Amalan Kita'.


Alhamdulillah.. Sekian..

p/s: maaf kerana kali ini terkeluar dari tajuk muzik.. semangat hari polis la katakan.. hehehe..


Ahad, 24 Januari 2010

ROYAL MALAYSIA POLICE (PDRM) THEME SONGS

TERKINI..

1. PENGUNJUNG2 BLOG PANCARAGAM MALAYSIA (PDRM) KINI BOLEH MEMBUAT MUAT TURUN / DOWNLOAD LAGU-LAGU PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SEPERTI "POLIS SEDIA BERKHIDMAT, TEGAS ADIL & BERHEMAH, SANG SAKA BIRU DAN AMALAN KITA" DI BLOG INI..

2. LAGU-LAGU TERSEBUT TERDAPAT PADA BAHAGIAN TENGAH KANAN BLOG INI.

3. SILA KLIK PADA TAJUK UNTUK MEMBUAT MUAT TURUN.

4. LAGU-LAGU TERSEBUT JUGA BOLEH DIDENGAR DI HALAMAN FACEBOOK "PANCARAGAM PDRM" DI LINK INI:- http://www.facebook.com/pages/PANCARAGAM-PDRM/72797108613 ANDA JUGA DIJEMPUT UNTUK MENJADI FANS "FACEBOOK PANCARAGAM PDRM"

5. SILA RESPON DI BAWAH TAJUK INI ATAU PADA RUANGAN SEMBANG (CHAT BOX) JIKA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN ATAU MASALAH KETIKA MEMBUAT MUAT TURUN / DOWNLOAD MP3 LAGU POLIS TERSEBUT.

6. ANDA DILARANG / TIDAK DIBENAR MENGGUNAKAN HASIL MUAT TURUN / DOWNLOAD LAGU2 INI UNTUK TUJUAN PENJUALAN & MENGAUT KEUNTUNGAN.


SEKIAN.. TERIMA KASIH.


tag: download mp3 lagu polis diraja malaysia , download mp3 royal malaysia police theme song , muat turun lagu-lagu pdrm , lagu rasmi pdrm , mp3 sedia berkhidmat , mp3 sang saka biru , mp3 tegas adil dan berhemah , mp3 amalan kita , mp3 pdrm .

Sabtu, 16 Januari 2010

SERBA SEDIKIT MENGENAI SEJARAH PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA


1. Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia diasaskan oleh Encik J.D. Hussey, Komandan Polis Depot dalam tahun 1932. Pada mulanya pancaragam ini dianggotai oleh 10 ahli muzik, di bawah pimpinan Encik Chico. Pada tahun 1937, pancaragam ini mendapat khidmat seorang pemimpin bertauliah iaitu DSP A.W. Crofts. Tugas beliau diambil alih oleh Superintenden Haji Alias bin Arshad pada tahun 1959, seorang pemegang ijazah dari Royal Academy College of Music, England. Penolongnya ialah DSP Abu Bakar Long yang dibantu oleh Pengarah Muzik Pusat, ASP Mansor bin Ibrahim. Pada 1 Mei 1974, Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia diperbesarkan kepada 132 orang ahli muzik, termasuk 32 anggota wanita. kini pancaragam pdrm diterajui oleh ketua pengarah muzik Superintenden Alina dan dibantu oleh DSP Mohd Rosli bin Omar. ASP Norman pula adalah pengarah muzik Pancaragam Pusat.

2. Selain daripada pancaragam pusat yang ditempatkan di Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia juga mempunyai beberapa kumpulan pancaragam seperti di Sabah, yang pada ketika itu di bawah pimpinan Insp. Mohammad Ridzwan bin Abdullah selaku Pengarah Muzik. Pancaragam Polis Diraja Malaysia Sabah, pada asalnya, dikenali sebagai North Borneo Constabulary Brass Band. Pancaragam Kontinjen Sabah kini dianggotai seramai lebih kurang 65 orang lelaki dan wanita dan di ketuai oleh inspektor Shahidan bin Bakar.

3. Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak telah diasaskan oleh Raja Brooke Kedua dalam tahun 1888. Pancaragam PDRM Kontinjen Sarawak pernah diterajui oleh ASP Hadzmi bin Hj. Dahalan dan dianggotai 73 orang lelaki dan wanita. sekarang pancaragam PDRM Sarawak dipimpin oleh Tuan Abbas.

4. Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kedah ditubuhkan dalam tahun 1933. Jawatan Pengarah Muzik pernah di sandang oleh C/Insp. Kamarulzaman bin Abu Bakar dan kini disandang oleh ASP Rahmatullah dan dianggotai seramai lebih kurang 70 orang.

5. Pancaragam PDRM berperanan menyerikan majlis-majlis seperti berikut :-

# Majlis-majlis rasmi negara termasuk Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, kunjungan para pembesar luar negara, penganugerahan bintang dan darjah kebesaran dan lain-lain.

# Majlis-majlis rasmi negeri termasuk Hari Keputeraan raja dan Yang di-Pertuan Negeri, penganugerahan darjah kebesaran dan pingat, serta pembukaan dewan-dewan Undangan Negeri.

# Majlis-majlis rasmi Polis Diraja Malaysia termasuk Hari Peringatan Polis, Penganugerahan Panji-Panji, Perbarisan Diraja, Perbarisan Tamat Latihan, lawatan ketua-ketua polis luar negara, dan lain-lain.

# Sebagai duta kecil semasa membuat lawatan persembahan ke luar negara.

# Sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat melalui persembahan tatu, 'roadshow', konsert dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh badan-badan berkanun dan swasta di seluruh negara.

# Sebagai satu sumber pendapatan untuk mengisi Tabung Pancaragam Polis.

6. Pancaragam PDRM telah menempa sejarah melalui lawatan ke luar negara, termasuk ke United Kingdom, Jerman, Sweeden, Australia dan negara-negara jiran. Pancaragam PDRM telah memainkan peranan yang unik dalam meningkatkan imej PDRM di kalangan masyarakat dalam dan luar negara.

SEKIAN


dipetik dan diedit semula dari artikel asal di:

http://rahuda.tripod.com/pancaragam.htm