1. Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia diasaskan oleh Encik J.D. Hussey, Komandan Polis Depot dalam tahun 1932. Pada mulanya pancaragam ini dianggotai oleh 10 ahli muzik, di bawah pimpinan Encik Chico. Pada tahun 1937, pancaragam ini mendapat khidmat seorang pemimpin bertauliah iaitu DSP A.W. Crofts. Tugas beliau diambil alih oleh Superintenden Haji Alias bin Arshad pada tahun 1959, seorang pemegang ijazah dari Royal Academy College of Music, England. Penolongnya ialah DSP Abu Bakar Long yang dibantu oleh Pengarah Muzik Pusat, ASP Mansor bin Ibrahim. Pada 1 Mei 1974, Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia diperbesarkan kepada 132 orang ahli muzik, termasuk 32 anggota wanita. kini pancaragam pdrm diterajui oleh ketua pengarah muzik Superintenden Alina dan dibantu oleh DSP Mohd Rosli bin Omar. ASP Norman pula adalah pengarah muzik Pancaragam Pusat.
2. Selain daripada pancaragam pusat yang ditempatkan di Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia juga mempunyai beberapa kumpulan pancaragam seperti di Sabah, yang pada ketika itu di bawah pimpinan Insp. Mohammad Ridzwan bin Abdullah selaku Pengarah Muzik. Pancaragam Polis Diraja Malaysia Sabah, pada asalnya, dikenali sebagai North Borneo Constabulary Brass Band. Pancaragam Kontinjen Sabah kini dianggotai seramai lebih kurang 65 orang lelaki dan wanita dan di ketuai oleh inspektor Shahidan bin Bakar.
3. Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak telah diasaskan oleh Raja Brooke Kedua dalam tahun 1888. Pancaragam PDRM Kontinjen Sarawak pernah diterajui oleh ASP Hadzmi bin Hj. Dahalan dan dianggotai 73 orang lelaki dan wanita. sekarang pancaragam PDRM Sarawak dipimpin oleh Tuan Abbas.
4. Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kedah ditubuhkan dalam tahun 1933. Jawatan Pengarah Muzik pernah di sandang oleh C/Insp. Kamarulzaman bin Abu Bakar dan kini disandang oleh ASP Rahmatullah dan dianggotai seramai lebih kurang 70 orang.
5. Pancaragam PDRM berperanan menyerikan majlis-majlis seperti berikut :-
# Majlis-majlis rasmi negara termasuk Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, kunjungan para pembesar luar negara, penganugerahan bintang dan darjah kebesaran dan lain-lain.
# Majlis-majlis rasmi negeri termasuk Hari Keputeraan raja dan Yang di-Pertuan Negeri, penganugerahan darjah kebesaran dan pingat, serta pembukaan dewan-dewan Undangan Negeri.
# Majlis-majlis rasmi Polis Diraja Malaysia termasuk Hari Peringatan Polis, Penganugerahan Panji-Panji, Perbarisan Diraja, Perbarisan Tamat Latihan, lawatan ketua-ketua polis luar negara, dan lain-lain.
# Sebagai duta kecil semasa membuat lawatan persembahan ke luar negara.
# Sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat melalui persembahan tatu, 'roadshow', konsert dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh badan-badan berkanun dan swasta di seluruh negara.
# Sebagai satu sumber pendapatan untuk mengisi Tabung Pancaragam Polis.
6. Pancaragam PDRM telah menempa sejarah melalui lawatan ke luar negara, termasuk ke United Kingdom, Jerman, Sweeden, Australia dan negara-negara jiran. Pancaragam PDRM telah memainkan peranan yang unik dalam meningkatkan imej PDRM di kalangan masyarakat dalam dan luar negara.
SEKIAN
dipetik dan diedit semula dari artikel asal di:
http://rahuda.tripod.com/pancaragam.htm
Pancaragam PDRM hendaklah mempunyai imej serta identiti sendiri, dimana ia nya sebagai pancaragam yang ternama tidak perlu mengikut corak seperti pancaragam Sekolah, Kita Pancaragam PDRM adalah dari Regimented drill dan bila-bila pun kita kena kekal kan identiti kita,Saranan saya jangan tiru macam Band sekolah,nama pun dah beza mereka sekolah kita PDRM.Mutu dan popular kita perlu di jaga, Pemimpin pancaragam PDRM adalah terdiri mereka yang ber Regimented Band, (2) Beza nya pemuzik serta kelulusan sijil muzik dari selain dari UK ialah berkelayakan sebagai Bandsmaster dan Director Music, tidak seperti lulusan ITM, UMS,UPM dll mereka bukan nya mempunyai pengalaman dalam marching band....
BalasPadamNice to see appreciation of our bandsmen in another blog.
BalasPadamplease visit the following blog....
http://policedepotjalangurneymemories.blogspot.com/