Isnin, 16 Ogos 2010

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN





1. Alhamdulillah kerana kita berkesempatan ditemukan lagi dengan bulan yang penuh berkat ini.

2. Kepada pengunjung blog ini yang beragama islam diucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Semoga iman dan amal kita semakin bertambah.

3. Pesanan saya semoga jangan ada yang sengaja ponteng puasa. hehe.. tunaikan solat tarawikh walaupun ianya sunat kerana banyak ganjaran yang Allah janjikan didalamnya. tapi utamakan dulu solat wajib 5 waktu.

4. Kepada rakan2 yang bukan beragama islam, hormatilah rakan anda yang sedang berpuasa tu. kadang2 ada yang sengaja makan & hisap rokok depan mereka, siap hembus asap rokok dekat muka diorang lagi.. Dugaannn... kekeke.. gurau2 jugak, tapi biar bertempat lah o.k.

5. Semoga kita akan terus harmoni & saling faham memahami di negara yang bermasyarakat majmuk ini.. peace..

sekian..


Khamis, 25 Mac 2010

25 MAC 2010 ADALAH HARI POLIS YANG KE 203




1. Saya selaku anggota Pancaragam PDRM yang juga warga PDRM, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis yang ke-203 (hari ini) kepada seluruh warga kerja Polis DiRaja Malaysia sama ada yang bertugas di dalam negara mahupun yang bertugas di luar negara (tugas pengaman).

2. Semoga kita semua lebih bersemangat, komited dan profesional dalam melakukan tugas sepadan dengan usia intitusi kepolisian yang telah mencecah 203 tahun.

3. Apa yang pasti pada hari yang bersejarah ini, seperti yang telah diberitakan oleh 'UTUSAN MALAYSIA' (versi online), kita akan mendapat dua suntikan semangat dari kerajaan. Di bawah ini saya ada 'paste'kan petikan beserta link dari Utusan Online..

a) KUALA LUMPUR 25 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan elaun bulanan RM200 kepada 33,000 anggota dan pegawai tugas khas sempena hari polis ke-203. Kerajaan akan memperuntukkan RM84juta untuk tujuan itu. - Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

b) KUALA LUMPUR 25 Mac – Kerajaan bersetuju menaikkan pangkat anggota polis berpangkat konstable kepada lans koperal selepas tiga tahun dan lans koperal kepada koperal selepas lima tahun berkhidmat. Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan Hari Polis ke-203 hari ini. - Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

4. Laksanakan tugas dengan Tegas, Adil Dan Berhemah. Serlahkan 'Integriti Amalan Kita'.


Alhamdulillah.. Sekian..

p/s: maaf kerana kali ini terkeluar dari tajuk muzik.. semangat hari polis la katakan.. hehehe..


Ahad, 24 Januari 2010

ROYAL MALAYSIA POLICE (PDRM) THEME SONGS

TERKINI..

1. PENGUNJUNG2 BLOG PANCARAGAM MALAYSIA (PDRM) KINI BOLEH MEMBUAT MUAT TURUN / DOWNLOAD LAGU-LAGU PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SEPERTI "POLIS SEDIA BERKHIDMAT, TEGAS ADIL & BERHEMAH, SANG SAKA BIRU DAN AMALAN KITA" DI BLOG INI..

2. LAGU-LAGU TERSEBUT TERDAPAT PADA BAHAGIAN TENGAH KANAN BLOG INI.

3. SILA KLIK PADA TAJUK UNTUK MEMBUAT MUAT TURUN.

4. LAGU-LAGU TERSEBUT JUGA BOLEH DIDENGAR DI HALAMAN FACEBOOK "PANCARAGAM PDRM" DI LINK INI:- http://www.facebook.com/pages/PANCARAGAM-PDRM/72797108613 ANDA JUGA DIJEMPUT UNTUK MENJADI FANS "FACEBOOK PANCARAGAM PDRM"

5. SILA RESPON DI BAWAH TAJUK INI ATAU PADA RUANGAN SEMBANG (CHAT BOX) JIKA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN ATAU MASALAH KETIKA MEMBUAT MUAT TURUN / DOWNLOAD MP3 LAGU POLIS TERSEBUT.

6. ANDA DILARANG / TIDAK DIBENAR MENGGUNAKAN HASIL MUAT TURUN / DOWNLOAD LAGU2 INI UNTUK TUJUAN PENJUALAN & MENGAUT KEUNTUNGAN.


SEKIAN.. TERIMA KASIH.


tag: download mp3 lagu polis diraja malaysia , download mp3 royal malaysia police theme song , muat turun lagu-lagu pdrm , lagu rasmi pdrm , mp3 sedia berkhidmat , mp3 sang saka biru , mp3 tegas adil dan berhemah , mp3 amalan kita , mp3 pdrm .

Sabtu, 16 Januari 2010

SERBA SEDIKIT MENGENAI SEJARAH PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA


1. Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia diasaskan oleh Encik J.D. Hussey, Komandan Polis Depot dalam tahun 1932. Pada mulanya pancaragam ini dianggotai oleh 10 ahli muzik, di bawah pimpinan Encik Chico. Pada tahun 1937, pancaragam ini mendapat khidmat seorang pemimpin bertauliah iaitu DSP A.W. Crofts. Tugas beliau diambil alih oleh Superintenden Haji Alias bin Arshad pada tahun 1959, seorang pemegang ijazah dari Royal Academy College of Music, England. Penolongnya ialah DSP Abu Bakar Long yang dibantu oleh Pengarah Muzik Pusat, ASP Mansor bin Ibrahim. Pada 1 Mei 1974, Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia diperbesarkan kepada 132 orang ahli muzik, termasuk 32 anggota wanita. kini pancaragam pdrm diterajui oleh ketua pengarah muzik Superintenden Alina dan dibantu oleh DSP Mohd Rosli bin Omar. ASP Norman pula adalah pengarah muzik Pancaragam Pusat.

2. Selain daripada pancaragam pusat yang ditempatkan di Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia juga mempunyai beberapa kumpulan pancaragam seperti di Sabah, yang pada ketika itu di bawah pimpinan Insp. Mohammad Ridzwan bin Abdullah selaku Pengarah Muzik. Pancaragam Polis Diraja Malaysia Sabah, pada asalnya, dikenali sebagai North Borneo Constabulary Brass Band. Pancaragam Kontinjen Sabah kini dianggotai seramai lebih kurang 65 orang lelaki dan wanita dan di ketuai oleh inspektor Shahidan bin Bakar.

3. Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak telah diasaskan oleh Raja Brooke Kedua dalam tahun 1888. Pancaragam PDRM Kontinjen Sarawak pernah diterajui oleh ASP Hadzmi bin Hj. Dahalan dan dianggotai 73 orang lelaki dan wanita. sekarang pancaragam PDRM Sarawak dipimpin oleh Tuan Abbas.

4. Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kedah ditubuhkan dalam tahun 1933. Jawatan Pengarah Muzik pernah di sandang oleh C/Insp. Kamarulzaman bin Abu Bakar dan kini disandang oleh ASP Rahmatullah dan dianggotai seramai lebih kurang 70 orang.

5. Pancaragam PDRM berperanan menyerikan majlis-majlis seperti berikut :-

# Majlis-majlis rasmi negara termasuk Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, kunjungan para pembesar luar negara, penganugerahan bintang dan darjah kebesaran dan lain-lain.

# Majlis-majlis rasmi negeri termasuk Hari Keputeraan raja dan Yang di-Pertuan Negeri, penganugerahan darjah kebesaran dan pingat, serta pembukaan dewan-dewan Undangan Negeri.

# Majlis-majlis rasmi Polis Diraja Malaysia termasuk Hari Peringatan Polis, Penganugerahan Panji-Panji, Perbarisan Diraja, Perbarisan Tamat Latihan, lawatan ketua-ketua polis luar negara, dan lain-lain.

# Sebagai duta kecil semasa membuat lawatan persembahan ke luar negara.

# Sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat melalui persembahan tatu, 'roadshow', konsert dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh badan-badan berkanun dan swasta di seluruh negara.

# Sebagai satu sumber pendapatan untuk mengisi Tabung Pancaragam Polis.

6. Pancaragam PDRM telah menempa sejarah melalui lawatan ke luar negara, termasuk ke United Kingdom, Jerman, Sweeden, Australia dan negara-negara jiran. Pancaragam PDRM telah memainkan peranan yang unik dalam meningkatkan imej PDRM di kalangan masyarakat dalam dan luar negara.

SEKIAN


dipetik dan diedit semula dari artikel asal di:

http://rahuda.tripod.com/pancaragam.htm


Isnin, 31 Ogos 2009

KLIP VIDEO (PENUH) PERSEMBAHAN PANCARAGAM PDRM (ADELAIDE AUSTRALIA 2006)








1. Pada 04/08/09 yang lalu SAYA bersama 5 orang rakan dari pancaragam PDRM sabah dan beberapa orang lagi dari pancaragam PDRM sarawak dan kedah telah ditugaskan untuk membantu pancaragam PDRM Pusat yang kekurangan anggota disebabkan ramai daripada mereka telah terlibat untuk bergabung dengan
pancaragam PDRM kedah untuk ke SWEEDEN bagi mengadakan persembahan pancaragam di sana.

2. Selama kira-kira 10 hari saya berada di pancaragam pusat(KL) tersebut, banyak bahan2 yang berguna saya telah perolehi, yang boleh saya muatkan di dalam blog PANCARAGAM-MALAYSIA ini untuk saya kongsikan bersama pengunjung2 sekalian secara berperingkat2.

3. terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya saudara RIZAL(drum) dari pancaragam PDRM pusat kerana menginzinkan saya meminjam cakera keras nya(external) untuk saya salin kedalam komputer riba saya.

4. berikut adalah persembahan pancaragam PDRM (PUSAT) sempena INTERNATIONAL POLICE TATTOO bertempat di ADELAIDE, AUSTRALIA pada 2006 yang telah lalu.


saksikanlah..

Sabtu, 18 Julai 2009

"KETUA PENGARAH MUZIK" PANCARAGAM PDRM MALAYSIA

TAHNIAH KERANA BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE-3 DALAM RANCANGAN
REALITI TV "oo la la" DI TV9 PADA 25.07.2009 YANG TELAH LALU.

CLICK HERE FOR DETAIL



SERBA SEDIKIT MENGENAI LATARBELAKANG "KETUA PENGARAH MUZIK" PANCARAGAM PDRM.

Alina - Dari Jenayah, Narkotik ke Pancaragam PDRM

BERSAMA keluarga tercinta


HAMPIR lapan dekad atau lebih 71 tahun Cawangan Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinaungi oleh kaum lelaki.

Buat pertama kalinya sejak awal tahun ini dalam sejarah PDRM, seorang wanita bernama Alina Saad berpangkat Supritendan diberi kepercayaan sebagai Ketua Pengarah cawangan itu bagi membawa perubahan.

Ibarat kata pepatah, tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia. Tiada sebarang mustahil jika perubahan yang direncanakan Alina bakal memberi nafas baru kepada cawangan itu.

Beliau yang memiliki latar belakang pendidikan Ijazah Muzik dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam sebelum menyertai bidang kepolisan, dilihat paling layak menerima amanah baru itu.

Apa yang menarik, Alina selain menjadi guru muzik, beliau turut aktif dalam aktiviti-aktiviti seni termasuk menjadi salah seorang pemuzik di Petronas, menyertai kumpulan tarian dan nyanyian di dalam dan luar negara.

Malah, beliau pernah mewakili negara di Portugal, Australia dan Indonesia ketika menyertai kumpulan tarian tradisional.

Suaranya yang merdu itu juga turut menyumbangkan lagu gandingan bersama penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain dalam sebuah album yang diterbitkan oleh BMG berjudul 'Ku Ibarat Lilin' (lagu tema PDRM).

Secara peribadi, beliau menyimpan cita-cita tersebut sejak 17 tahun lalu selepas mula menyertai bidang polis.

"Ibarat sirih pulang ke gagang. Memang sejak kecil lagi saya bercita-cita menjadi penggiat seni.

"Bagaimanapun, saya akur permintaan dengan permintaan keluarga yang mahu saya menyertai bidang polis.

"Pelantikan saya ini satu pengiktirafan buat seluruh kaum wanita dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik," katanya ketika ditemui di Pusat Latihan Polis (Pulapol) baru-baru ini.

Katanya, peluang yang diamanahkan ini akan digunakan sebaik mungkin bersama anjakan paradigma yang sedang dilaksanakan di cawangan tersebut.

Beliau yang masih aktif bersama kumpulan Kombo dan Gamelan Perkib (Pertubuhan Kebajikan Keluarga Polis) tidak putus asa mengharumkan nama PDRM melalui aktiviti-aktiviti seni yang dilakukannya.

"Satu ketika dulu, Cawangan Pancaragam PDRM pernah dikenali sebagai 'brass band' terbaik di negara ini.

"Malah, brass band itu menerima banyak jemputan untuk membuat persembahan dari pelbagai golongan termasuk di istana, badan korporat dan individu," katanya.

Selain itu, pernah menjadi duta kecil ke luar negara termasuk di Australia, Jerman, Hong Kong dan persidangan polis di rantau Asia.

Sehubungan itu, Alina menerima amanah yang digalas ini sebagai satu cabaran baru bagi mengekalkan kegemilangan yang pernah dicapai cawangan ini dulu.

Ibu kepada tiga anak perempuan ini turut bersyukur memiliki suami yang sangat memahami dan mengambil berat tentang diri dan keluarganya.

Terus berbakti

Katanya, sebelum ini, beliau pernah berkhidmat dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selama lima tahun dan di Cawangan Narkotik selama setahun.

"Kedua-dua jabatan tersebut memerlukan fokus dan komitmen yang tinggi. Bagaimanapun, ia menjadi mudah apabila semua ahli keluarga turut menyokong dan memahami," katanya.

Ketika mengimbas kembali kes-kes menarik ketika perkhidmatannya di JSJ, hatinya tersentuh terhadap satu kes seorang remaja bawah umur yang hamil selepas melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki.

Katanya, ketika siasatan dilakukan ke atas kedua ibu bapa gadis itu, beliau mendapati kedua-dua tidak mengetahui perbuatan haram anak gadis mereka itu.

Malah, ibu bapa gadis tersebut mendakwa anak mereka baik dan tidak pernah meninggalkan solat serta sentiasa berada di rumah.

Bagaimanapun, tanggapan ibu bapa gadis itu salah kerana anaknya itu menyelinap keluar dari rumah ketika kedua-duanya sedang tidur dan pulang semula ke rumah sebelum subuh.

"Hati saya tersentuh kerana bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa remaja perempuan itu.

"Iktibar daripada kejadian itu, saya sedar walau pun kita sebagai ibu bapa telah sedaya upaya berusaha melindungi dan memantau perbuatan anak-anak tetapi hakikatnya ia tidak pernah mencukupi," katanya.

Hati keibuan Alina terusik ketika menyebut perkataan anak-anak, dan kelihatan air matanya mula berlinang.

"Walau sibuk sekalipun, setiap kali pulang ke rumah saya akan cium dan peluk anak-anak saya dan saya berdoa agar mereka akan menjadi anak-anak yang soleh dan baik," katanya.

Harapannya di penghujung kisah ini adalah terus berbakti kepada rakyat dan negara tanpa jemu dan semoga segala bakti yang dicurahkan, rahmatnya turut dirasai suami dan anak-anaknya dalam melayari kehidupan.


sumber: utusan malaysia online

Jumaat, 26 Jun 2009

ANEKA PAKAIAN PANCARAGAM SELURUH DUNIA




1. ketika gabungan pancaragam pdrm dengan pancaragam luar negara di jerman 2007 dahulu saya melihat, pakaian pancaragam pdrm kita adalah diantara pakaian yang tercantik dan terunik sehinggakan ramai dari rakan2 pancaragam dari luar negara yang suka bergambar bersama dan ada darinya yang meminta agar pakaian atau aksesori pakaian tersebut dijadikan cenderahati kepada mereka.

2. mendengar yang demikian membuatkan kami berasa bangga dan menghargai budaya berpakaian kita yang tersendiri dan cantik itu. pakaian yang kami gunakan pada waktu itu adalah dipanggil 'PAKAIAN ISTIADAT NO.1' atau 'NUMBER ONE DRESS'

3. namun apakan daya, permintaan mereka itu tidak dapat ditunaikan memandangkan peraturan pasukan pdrm melarang kami untuk menjadikan mana2 pakaian pasukan sebagai barang cenderahati atau sewenang-wenangnya diberi dan dipakaikan kepada mana2 individu yang tidak mempunyai authority keatas pakaian tersebut.

4. lagipun kami sendiri pada ketika itu hanya dibekalkan dengan cuma satu set pakaian istiadat no. 1 itu. jika di cenderahatikan kepada mereka, kami nak pakai apa untuk persembahan yang akan datang? hehe..