Isnin, 27 April 2009

PANCARAGAM PDRM: DEATH MARCHES (KAWAD MAUT)

P/S: Sila klik pada gambar untuk membesarkan skala gambar.



1. "DEATH MARCHES" ATAU "KAWAD MAUT" SEBENARNYA BUKANLAH NAMA BAGI MANA2 FORMAT PERSEMBAHAN PANCARAGAM PDRM. TAPI IANYA ADALAH NAMA BAGI SATU PERISTIWA YANG BERLAKU PADA SEBELUM KEMERDEKAAN MALAYSIA IAITU SEMASA PERANG DUNIA KE-DUA DI SANDAKAN SABAH.

2. KISAH BENAR INI ADALAH TENTANG SEKUMPULAN LEBIH KURANG DUA RATUS ORANG TENTERA AUSTRALIA YANG TELAH DITAWAN OLEH TENTERA JEPUN DAN DIPAKSA UNTUK BERJALAN KAKI (BERKAWAD) DARI SANDAKAN HINGGA KE RANAU (GUNUNG KINABALU).

3. DALAM PERJALANAN MENUJU KE RANAU TERSEBUT, HANYA 5 ORANG DARI MEREKA YANG BERJAYA TERSELAMAT MANAKALA YANG LAIN TELAH MENDAPAT MAUT KETIKA MENJALANI KAWAD TERSEBUT.

4. JUMLAH KESELURUHAN TENTERA AUSTRALIA YANG TELAH TERKORBAN DI SANDAKAN PADA PERANG DUNIA KE-DUA TERMASUK MEREKA YANG TERKORBAN DALAM KEJADIAN ITU ADALAH SERAMAI 1787 ORANG.

5. SEBAGAI MENGENANG JASA PEJUANG2 MEREKA YANG TERKORBAN PADA PERANG DUNIA KE-DUA ITU, MAKA KERAJAAN AUSTRALIA TELAH MENGADAKAN "HARI ANZAC" PADA SETIAP TAHUN YANG ANTARA LOKASINYA ADALAH BERTEMPAT DI SANDAKAN SABAH.

6. PADA TAHUN INI PANCARAGAM PDRM (SABAH) BERKESEMPATAN UNTUK HADIR MEMBANTU MENGIRINGI KOIR MEREKA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN AUSTRALIA. TURUT HADIR PADA MAJLIS YANG BERLANGSUNG KIRA2 JAM 5 PAGI ITU ADALAH WARIS2 MANGSA PERANG YANG TELAH MAUT DI SANDAKAN.

7. DIATAS DAN DIBAWAH INI ADA SAYA BAWAKAN SEDIKIT OLE-OLE GAMBAR DAN RAKAMAN VIDEO TUGASAN KAMI DI MAJLIS "ANZAC" TERSEBUT UNTUK SANTAPAN PENGUNJUNG2 BLOG PANCARAGAM MALAYSIA INI.


SEKIAN... WASSALAM...







P/S: harap maaf, audio dan visual kurang memuaskan.


Khamis, 23 April 2009

PANCARAGAM PDRM TELAH DI "TAKE OVER" OLEH ORANG PUTIH !!!...

1. TAJUK DI ATAS ADALAH MERUJUK KEPADA KLIP VIDEO YANG SAYA SERTAKAN BERSAMA POSTING TERKINI SAYA INI DI BAWAH. TIDAK ADA APA YANG PERLU DIKHUATIRKAN. IANYA CUMA PERKARA BIASA YANG SERINGKALI JUGA DIBUAT OLEH LAIN2 ORKESTRA DI DUNIA IAITU BERKENAAN "GUEST CONDUCTOR".

2. TAPI SEBENARNYA APA YANG SAYA INGIN KONGSIKAN KALI INI BERSAMA PENGUNJUNG BLOG INI ADALAH TENTANG BENTUK PERSEMBAHAN PENTAS PANCARAGAM PDRM. SAYA JUGA PERNAH MENONTON SECARA LIVE PERSEMBAHAN PENTAS YANG SERUPA SEPERTI KAMI,YANG DIBUAT OLEH ORKESTRA LAIN DI K.K. SABAH.

3. JIKA DI LAPANGAN ATAU "OUT DOOR" KAMI DIKENALI SEBAGAI "MARCHING BAND" TETAPI APABILA MEMBUAT PERSEMBAHAN "IN DOOR" PADA KEBIASAANNYA KAMI AKAN TAMPIL DALAM BENTUK "CONCERT BAND" A.K.A "WIND ORCHESTRA". UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MAKLUMAT BERKENAAN CONCERT BAND, SILA KLIK DI SINI.

4. KLIP VIDEO DI BAWAH INI ADALAH SALAH SATU CONTOH PERSEMBAHAN PENTAS KAMI YANG BERBENTUK "CONCERT BAND". IANYA DIRAKAM SEMASA "KONSERT MUZIKARAMA DIRAJA PDRM" SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS PEMERINTAHAN SULTAN KEDAH 2008. GUEST CONDUCTOR (KONDUKTOR JEMPUTAN) TERSEBUT ADALAH MR. ROGER SWIFT.

5. SEBELUM ITU, KREDIT SAYA BERIKAN KEPADA SAUDARA AZLAN (amboazlan) RAKAN SAYA DARI PANCARAGAM PDRM KEDAH KERANA BANYAK SUMBER2 UNTUK BLOG INI SAYA TELAH PEROLEHI DARINYA.

"thank you for your support, reformation is solution" HAHA..

SEKIAN. WASSALAM...



Ahad, 19 April 2009

"ROAD MARCH" DI SAMPORNA SABAH SEMPENA REGATTA LEPA




1. SELAIN DARI PERSEMBAHAN PADANG (BAND DISPLAY), PANCARAGAM PDRM JUGA MEMPUNYAI SATU BENTUK PERSEMBAHAN YANG DIPANGGIL "ROAD MARCH". SAYA SENDIRIPUN KURANG PASTI APAKAH ISTILAHNYA DALAM BAHASA MALAYSIA.

2. ROAD MARCH DILAKUKAN DENGAN BERARAK DI JALAN RAYA SAMBIL BERMAIN MUZIK MENGELILINGI PEKAN/BANDAR DARI SATU POINT KE SATU POINT YANG LAIN DAN BERAKHIR DI TAPAK PESTA DI SESEBUAH PEKAN/BANDAR. SILA KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI CONTOH ROAD MARCH YANG SAYA MAKSUDKAN.

3. PADA UMUMNYA ROAD MARCH INI BERTUJUAN SEBAGAI MEMAKLUMKAN TENTANG KEHADIRAN SEBUAH PASUKAN PANCARAGAM YANG AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DI SESEBUAH PEKAN ITU. IANYA JUGA BERTUJUAN UNTUK MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN SESUATU PESTA DIKAWASAN TERSEBUT.

4. KINI ROAD MARCH DIPELBAGAIKAN FUNGSI DAN TUJUANNYA, ANTARA LAIN UNTUK MENGIRINGI PERARAKAN SESEBUAH ORGANISASI, PERARAKAN SEMPENA MESRA RAKYAT PDRM DAN SEBAGAINYA.

5. PADA KALI INI SAYA SERTAKAN RAKAMAN KLIP VIDEO ROAD MARCH KAMI YANG DI BUAT DI PEKAN SAMPORNA SABAH SEMPENA SAMBUTAN PESTA REGATTA LEPA PADA 18/04/2009 BARU2 INI. "REGATTA LEPA" ADALAH SECARA RINGKASNYA MERUJUK KEPADA PESTA/SUKAN AIR.





P/S: mohon maaf kerana audio dan visual tidak begitu memuaskan. almaklum sajalah dirakam menggunakan handphone camera saja.. HEHE..


SEKIAN. WASSALAM...

Selasa, 14 April 2009

PERSEMBAHAN PANCARAGAM PDRM MACAM PANCARAGAM SEKOLAH ?????....

1. ADA JUGA RAKAN2 BERTANYA KEPADA SAYA "KENAPA PANCARAGAM PDRM TIDAK MEMBUAT PERSEMBAHAN PADANG (BAND DISPLAY) SAMA SEPERTI PANCARAGAM SEKOLAH?? KENAPA BEGITU KETARA PERBEZAAN (DARI SEGI FORMAT) DIANTARA PANCARAGAM PDRM DENGAN PANCARAGAM SEKOLAH??"

2. SAYA MENGETENGAHKAN PERSOALAN INI BUKANLAH BERTUJUAN UNTUK MERENDAHKAN MARTABAT PANCARAGAM SEKOLAH. HARUS DIINGAT BAHAWA ADA PANCARAGAM SEKOLAH KITA DI MALAYSIA INI PERNAH MENJADI "TOP THREE" DALAM PERTANDINGAN PANCARAGAM PERINGKAT ANTARABANGSA. SAYA TURUT BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN PANCARAGAM SEKOLAH KITA. MEREKA MEMANG HEBAT!

3. BERBALIK KEPADA PERSOALAN PADA PARA (1) DI ATAS, APA YANG INGIN SAYA BAWA KEPADA PENGETAHUAN PENGUNJUNG / PEMINAT PANCARAGAM DI BLOG INI ADALAH TENTANG PENJELASAN DAN JAWAPAN SAYA MENGENAI PERBEZAAN ITU.

4. ANTARA PERSOALAN LAIN YANG MEREKA AJUKAN IALAH "ADAKAH PANCARAGAM PDRM TIDAK MAMPU UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN MENGIKUT FORMAT PANCARAGAM SEKOLAH?? KALAU MAMPU, KENAPA TIDAK BUAT?"

5. SEBENARNYA PANCARAGAM PDRM MAMPU UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN MENGIKUT FORMAT SEPERTI PANCARAGAM SEKOLAH. MALAH KAMI MUNGKIN LEBIH BAIK DARI MEREKA WALAUPUN ADA DIKALANGAN KAMI YANG UMURNYA SUDAH MENJANGKAU 50 TAHUN TETAPI MASIH IKUT SERTA DI DALAM PERSEMBAHAN PADANG. SIAPA TAHU? TETAPI KENAPA KAMI TIDAK BUAT?? DI SINI JAWAPAN DAN PENJELASAN SAYA BERMULA..

6. UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PANCARAGAM PDRM ADALAH SEBUAH PANCARAGAM UNIT BERUNIFORM YANG SAMA SEPERTI PANCARAGAM UNIT BERUNIFORM YANG LAIN DI DUNIA. PANCARAGAM SEPERTI KAMI INILAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENGIRINGI UPACARA ADAT ISTIADAT KEBESARAN NEGARA. ANTARA CONTOH PACARAGAM SEPERTI INI DI SELURUH DUNIA ADALAH, PANCARAGAM TENTERA (LAUT,UDARA,DARAT), PANCARAGAM POLIS, PANCARAGAM BOMBA DAN LAIN2 LAGI. DI SELURUH DUNIA FUNGSI PANCARAGAM SEPERTI INI HAMPIR SAMA.

7. OLEH ITU DI SETIAP PERSEMBAHAN, KAMI HENDAKLAH MEMBAWA SEKALI IMEJ PASUKAN KAMI DI DALAM SETIAP PERSEMBAHAN. ANTARA IMEJ TERPENTING YANG SAYA MAKSUDKAN ADALAH ELEMEN "KAWAD". ELEMEN "KAWAD" INI JUGA TELAH LAMA DIPRAKTIKKAN OLEH LAIN2 PANCARAGAM YANG SECARA RELATIFNYA SAMA DENGAN KAMI DISELURUH DUNIA.

8. ELEMEN "KAWAD" INI MELIPUTI KESERAGAMAN MELANGKAH, KELURUSAN BARISAN, KESEMPURNAAN PERGERAKAN, SEGAK BERJALAN, KEPEKAAN TERHADAP ARAHAN DARI DRUM MAJOR DAN LAIN2 LAGI. PENDEK KATA IANYA HARUS SEAKAN-AKAN SUATU PERBARISAN "ALA TENTERA" YANG MENITIK BERATKAN DISIPLIN.

9. SELAIN ITU WALAUPUN BUKAN SATU KEMESTIAN, PEMILIHAN LAGU SEBOLEH-BOLEHNYA BERENTAK MARCHING (LAGU2 PERBARISAN) SAMA ADA SLOW MARCH ATAUPUN QUICK MARCH DAN JUGA PAKAIAN HARUS NAMPAK MENARIK SESUAI DENGAN IMEJ PASUKAN PANCARAGAM.

10. NAMUN DEMIKIAN TIDAKLAH BERMAKNA KAMI TIDAK BOLEH BEBAS DAN LEBIH KREATIF, CUMA DI DALAM SETIAP "PERSEMBAHAN PADANG" ITU KAMI HARUSLAH SESEKALI MENYELITKAN ELEMEN "KAWAD" DAN UNSUR2 LAIN YANG TERSEBUT DIATAS. SIAPALAH KAMI TANPA JENAMA "POLIS DIRAJA MALAYSIA". WALAUPUN KAMI ANGGOTA PANCARAGAM, TAPI PADA HAKIKATNYA KAMI JUGA ADALAH ANGGOTA POLIS YANG SAMA KUASANYA SEPERTI POLIS2 YANG LAIN.

11. ELEMEN2 DAN UNSUR2 INILAH YANG MEBUATKAN PERSEMBAHAN PADANG (BAND DISPLAY) PANCARAGAM PDRM MALAYSIA BERBEZA DENGAN PANCARAGAM SEKOLAH. MALAH BUKAN KAMI SAHAJA BEGITU, MANA2 PANCARAGAM UNIT BERUNIFORM SEPERTI KAMI DISELURUH DUNIA JUGA BAGITU.

12. UNTUK LEBIH MENCERAHKAN LAGI TENTANG APA YANG TELAH SAYA JELASKAN DI ATAS, PENGUNJUNG2 BLOG "PANCARAGAM MALAYSIA" BOLEHLAH MENONTON KLIP VIDEO DI HALAMAN YOUTUBE (KLIK DISINI). DIHARAP IANYA BOLEH MEMBANTU PENGUNJUNG2 BLOG INI MEMAHAMI APA YANG TELAH SAYA PERKATAKAN.

13. UNTUK KALI INI, INGIN SAYA PERTONTONKAN PENGUNJUNG2 BLOG INI DENGAN KLIP VIDEO PANCARAGAM PDRM (PUSAT) SEMASA MEMBUAT LATIHAN PERSIAPAN UNTUK PERSEMBAHAN "Adelaide International Police Tattoo 2006" DI AUSTRALIA YANG TELAH LALU.

SEKIAN. WASSALAM...



Ahad, 12 April 2009

INTRO

1. UNTUK POSTING PERTAMA SAYA INI, INGIN SAYA KONGSIKAN SERBA SEDIKIT SEJARAH DAN PENGALAMAN SAYA DALAM ARENA MUZIK PANCARAGAM.

2. IANYA BERMULA KETIKA SAYA MELANGKAH MASUK KE CAWANGAN PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA KONTINJEN SABAH PADA TAHUN 2001. SEBELUM ITU SAYA ADALAH SEORANG PEMUDA KAMPUNG YANG BERASAL DARI MIRI SARAWAK.

3. UNTUK PENGATAHUAN SEMUA, POLIS DIRAJA MALAYSIA MEMPUNYAI EMPAT CAWANGAN PANCARAGAM IAITU DI KEDAH, KUALA LUMPUR (PUSAT), SARAWAK DAN SABAH.

4. DISINILAH SAYA DIDIDIK OLEH SENIOR SAYA MENGENAI ILMU MUZIK SECARA PROFESIONAL DAN MENYELURUH. SEBELUM INI ADA JUGA SAYA BERMAIN MUZIK TETAPI SECARA KAMPUNGAN SAJA.

5. PADA MULANYA AGAK SUKAR JUGA UNTUK MENGHADAM SETIAP ILMU YANG DIAJAR KERANA MUZIK BUKAN HANYA BERSANDARKAN PADA TEORI SEMATA2 KERANA IANYA PERLU DISEMPURNAKAN MELALUI SENTUHAN PRAKTIKAL.

6. LEBIH2 LAGI APABILA SAYA DIBEKALKAN DENGAN ALAT MUZIK "TROMBONE" YANG PADA SAYA KETIKA ITU SUNGGUH SUSAH UNTUK DIKENDALIKAN. SAYA MASIH INGAT LAGI PADA PERTAMA KALI MENIUPNYA TIADA SATU APAPUN BUNYI YANG KELUAR SELAIN DARI BUNYI ANGIN "FUSSSS". BEGITU JUGA DENGAN NOTA2 MUZIK YANG SAYA ISTILAHKAN SEBAGAI "TAUGEH" SANGAT ASING DAN MEMENINGKAN KEPALA. ALHAMDULILLAH.. SEDIKIT DEMI SEDIKIT, SEKARANG SAYA SUDAH BOLEH MENGUASAINYA.

7. SAYA TIDAK MENYANGKA YANG SUATU HARI NANTI SAYA BOLEH MEMBACA NOTA2 MUZIK DAN MENGENDALIKAN ALAT MUZIK TROMBONE SAYA INI WALAUPUN TIDAK SEHEBAT "CHRISTIAN LINBERG". SAYA CUBA MELANGKAH SETAPAK LAGI DENGAN GIAT MENGARANG SUSUNAN MUZIK (ARRANGEMENT) UNTUK LAGU2 YANG SAYA RASAKAN SESUAI DIMAINKAN OLEH PANCARAGAM KAMI.

8. ANTARA PENGALAMAN MANIS SAYA ADALAH APABILA "INTRO" CIPTAAN SAYA TELAH DIPILIH UNTUK DIJADIKAN INTRO LAGU "SABAH TANAH AIRKU" IAITU SEBUAH LAGU KEBESARAN NEGERI SABAH.

9. SATU LAGI PENGALAMAN MANIS SAYA ADALAH APABILA PANCARAGAM POLIS KONTINJEN SABAH BERPELUANG DAN DIJEMPUT UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN PADA SATU FESTIVAL MUZIK YANG BERPRESTIJ DI JERMAN, IAITU "MUSIKSCHAU DER NATIONEN 2007". IKUT BERSAMA KAMI KETIKA ITU ADALAH PENARI2 LEMBAGA KEBUDAYAAN NEGERI SABAH.

10. SAYA BERSERTA RAKAN2 DI CAWANGAN INI SERINGKALI JUGA TURUT SERTA MEMBUAT PERSEMBAHAN ORKESTRA BERSAMA DENGAN ORKESTRA GABUNGAN RTM SABAH DAN ORKESTRA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS).

11. UNTUK YANG SETERUSNYA DAN PADA MASA AKAN DATANG, SAYA AKAN KONGSIKAN BERSAMA PENGUNJUNG2 BLOG " PANCARAGAM-MALAYSIA " SAYA INI DENGAN KLIP2 VIDEO, RAKAMAN2 AUDIO, MIDI2 FILE DAN ARTIKEL YANG BERKAITAN DENGAN AKTIVITI2 PANCARAGAM SELURUH MALAYSIA, KHUSUSNYA PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA DI KESEMUA EMPAT CAWANGAN SEPERTI YANG SAYA TELAH SEBUTKAN DI ATAS.

12. UNTUK PEMBUKA TIRAI BLOG SAYA INI, SAYA KONGSIKAN DENGAN KLIP PERSEMBAHAN KAMI KETIKA MEMBUAT PERSEMBAHAN DI BREMEN, GERMANY SEMPENA "MUSIKSCHAU DER NATIONEN".

13. AKHIR KATA INGIN SAYA MEMETIK KATA-KATA KERAMAT SEORANG LAGENDA PANCARAGAM YANG BERASAL DARI AMERIKA BERNAMA "SOUSA" -MARCH MUSIC SHOULD MAKE A MAN WITH A WOODEN LEG STEP OUT-

SEKIAN, WASSALAM...


Sabtu, 11 April 2009