Isnin, 27 April 2009

PANCARAGAM PDRM: DEATH MARCHES (KAWAD MAUT)

P/S: Sila klik pada gambar untuk membesarkan skala gambar.



1. "DEATH MARCHES" ATAU "KAWAD MAUT" SEBENARNYA BUKANLAH NAMA BAGI MANA2 FORMAT PERSEMBAHAN PANCARAGAM PDRM. TAPI IANYA ADALAH NAMA BAGI SATU PERISTIWA YANG BERLAKU PADA SEBELUM KEMERDEKAAN MALAYSIA IAITU SEMASA PERANG DUNIA KE-DUA DI SANDAKAN SABAH.

2. KISAH BENAR INI ADALAH TENTANG SEKUMPULAN LEBIH KURANG DUA RATUS ORANG TENTERA AUSTRALIA YANG TELAH DITAWAN OLEH TENTERA JEPUN DAN DIPAKSA UNTUK BERJALAN KAKI (BERKAWAD) DARI SANDAKAN HINGGA KE RANAU (GUNUNG KINABALU).

3. DALAM PERJALANAN MENUJU KE RANAU TERSEBUT, HANYA 5 ORANG DARI MEREKA YANG BERJAYA TERSELAMAT MANAKALA YANG LAIN TELAH MENDAPAT MAUT KETIKA MENJALANI KAWAD TERSEBUT.

4. JUMLAH KESELURUHAN TENTERA AUSTRALIA YANG TELAH TERKORBAN DI SANDAKAN PADA PERANG DUNIA KE-DUA TERMASUK MEREKA YANG TERKORBAN DALAM KEJADIAN ITU ADALAH SERAMAI 1787 ORANG.

5. SEBAGAI MENGENANG JASA PEJUANG2 MEREKA YANG TERKORBAN PADA PERANG DUNIA KE-DUA ITU, MAKA KERAJAAN AUSTRALIA TELAH MENGADAKAN "HARI ANZAC" PADA SETIAP TAHUN YANG ANTARA LOKASINYA ADALAH BERTEMPAT DI SANDAKAN SABAH.

6. PADA TAHUN INI PANCARAGAM PDRM (SABAH) BERKESEMPATAN UNTUK HADIR MEMBANTU MENGIRINGI KOIR MEREKA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN AUSTRALIA. TURUT HADIR PADA MAJLIS YANG BERLANGSUNG KIRA2 JAM 5 PAGI ITU ADALAH WARIS2 MANGSA PERANG YANG TELAH MAUT DI SANDAKAN.

7. DIATAS DAN DIBAWAH INI ADA SAYA BAWAKAN SEDIKIT OLE-OLE GAMBAR DAN RAKAMAN VIDEO TUGASAN KAMI DI MAJLIS "ANZAC" TERSEBUT UNTUK SANTAPAN PENGUNJUNG2 BLOG PANCARAGAM MALAYSIA INI.


SEKIAN... WASSALAM...







P/S: harap maaf, audio dan visual kurang memuaskan.


2 ulasan:

  1. Ganaznyer if pancaragam polis yg gie buat kawat maut tuh..

    BalasPadam
  2. Salam.

    Saya juga bekas Trombonist, Pancaragam Kor Kadet Victoria 1997. Saya nak tanya, ada tak MP3 Lagu March, Hassan & Hasnah March? Kalau ada buleh tolong uploadkan?

    BalasPadam