Ahad, 12 April 2009

INTRO

1. UNTUK POSTING PERTAMA SAYA INI, INGIN SAYA KONGSIKAN SERBA SEDIKIT SEJARAH DAN PENGALAMAN SAYA DALAM ARENA MUZIK PANCARAGAM.

2. IANYA BERMULA KETIKA SAYA MELANGKAH MASUK KE CAWANGAN PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA KONTINJEN SABAH PADA TAHUN 2001. SEBELUM ITU SAYA ADALAH SEORANG PEMUDA KAMPUNG YANG BERASAL DARI MIRI SARAWAK.

3. UNTUK PENGATAHUAN SEMUA, POLIS DIRAJA MALAYSIA MEMPUNYAI EMPAT CAWANGAN PANCARAGAM IAITU DI KEDAH, KUALA LUMPUR (PUSAT), SARAWAK DAN SABAH.

4. DISINILAH SAYA DIDIDIK OLEH SENIOR SAYA MENGENAI ILMU MUZIK SECARA PROFESIONAL DAN MENYELURUH. SEBELUM INI ADA JUGA SAYA BERMAIN MUZIK TETAPI SECARA KAMPUNGAN SAJA.

5. PADA MULANYA AGAK SUKAR JUGA UNTUK MENGHADAM SETIAP ILMU YANG DIAJAR KERANA MUZIK BUKAN HANYA BERSANDARKAN PADA TEORI SEMATA2 KERANA IANYA PERLU DISEMPURNAKAN MELALUI SENTUHAN PRAKTIKAL.

6. LEBIH2 LAGI APABILA SAYA DIBEKALKAN DENGAN ALAT MUZIK "TROMBONE" YANG PADA SAYA KETIKA ITU SUNGGUH SUSAH UNTUK DIKENDALIKAN. SAYA MASIH INGAT LAGI PADA PERTAMA KALI MENIUPNYA TIADA SATU APAPUN BUNYI YANG KELUAR SELAIN DARI BUNYI ANGIN "FUSSSS". BEGITU JUGA DENGAN NOTA2 MUZIK YANG SAYA ISTILAHKAN SEBAGAI "TAUGEH" SANGAT ASING DAN MEMENINGKAN KEPALA. ALHAMDULILLAH.. SEDIKIT DEMI SEDIKIT, SEKARANG SAYA SUDAH BOLEH MENGUASAINYA.

7. SAYA TIDAK MENYANGKA YANG SUATU HARI NANTI SAYA BOLEH MEMBACA NOTA2 MUZIK DAN MENGENDALIKAN ALAT MUZIK TROMBONE SAYA INI WALAUPUN TIDAK SEHEBAT "CHRISTIAN LINBERG". SAYA CUBA MELANGKAH SETAPAK LAGI DENGAN GIAT MENGARANG SUSUNAN MUZIK (ARRANGEMENT) UNTUK LAGU2 YANG SAYA RASAKAN SESUAI DIMAINKAN OLEH PANCARAGAM KAMI.

8. ANTARA PENGALAMAN MANIS SAYA ADALAH APABILA "INTRO" CIPTAAN SAYA TELAH DIPILIH UNTUK DIJADIKAN INTRO LAGU "SABAH TANAH AIRKU" IAITU SEBUAH LAGU KEBESARAN NEGERI SABAH.

9. SATU LAGI PENGALAMAN MANIS SAYA ADALAH APABILA PANCARAGAM POLIS KONTINJEN SABAH BERPELUANG DAN DIJEMPUT UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN PADA SATU FESTIVAL MUZIK YANG BERPRESTIJ DI JERMAN, IAITU "MUSIKSCHAU DER NATIONEN 2007". IKUT BERSAMA KAMI KETIKA ITU ADALAH PENARI2 LEMBAGA KEBUDAYAAN NEGERI SABAH.

10. SAYA BERSERTA RAKAN2 DI CAWANGAN INI SERINGKALI JUGA TURUT SERTA MEMBUAT PERSEMBAHAN ORKESTRA BERSAMA DENGAN ORKESTRA GABUNGAN RTM SABAH DAN ORKESTRA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS).

11. UNTUK YANG SETERUSNYA DAN PADA MASA AKAN DATANG, SAYA AKAN KONGSIKAN BERSAMA PENGUNJUNG2 BLOG " PANCARAGAM-MALAYSIA " SAYA INI DENGAN KLIP2 VIDEO, RAKAMAN2 AUDIO, MIDI2 FILE DAN ARTIKEL YANG BERKAITAN DENGAN AKTIVITI2 PANCARAGAM SELURUH MALAYSIA, KHUSUSNYA PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA DI KESEMUA EMPAT CAWANGAN SEPERTI YANG SAYA TELAH SEBUTKAN DI ATAS.

12. UNTUK PEMBUKA TIRAI BLOG SAYA INI, SAYA KONGSIKAN DENGAN KLIP PERSEMBAHAN KAMI KETIKA MEMBUAT PERSEMBAHAN DI BREMEN, GERMANY SEMPENA "MUSIKSCHAU DER NATIONEN".

13. AKHIR KATA INGIN SAYA MEMETIK KATA-KATA KERAMAT SEORANG LAGENDA PANCARAGAM YANG BERASAL DARI AMERIKA BERNAMA "SOUSA" -MARCH MUSIC SHOULD MAKE A MAN WITH A WOODEN LEG STEP OUT-

SEKIAN, WASSALAM...


4 ulasan:

  1. Diharap blog ini boleh memberi pengetahuan yang berguna kepada peminat pancaragam tanah air.

    BalasPadam
  2. saya adalah anak salah seorang anggota pancaragam polis pulapol... bapa saya drum major pancaragam polis.. saya dibesarkan dengan kehidupan pncaragam..dan pd saya,pancaragam polis la yg terhebat...

    BalasPadam
  3. no name..saya juga turut menyokong kata2 (tanpa nama berkata)tu..band pancaragam memang hebat..saya juga anak kepada seorg anggota pancaragam dan bapa saya pemain trumpet..saya ni nak sgt msuk dalam cawangan ni dan berkhidmat dalam polis pancaragam ni tapi rezeki aku bknla kat cni takpalah..yg penting pancaragan the best haha...

    BalasPadam
  4. Saya adalah anak kepada anggota polis,sejak dari kecil lagi saya berminat dengan persembahan pancaragam PDRM.Syabas dan tahniah band PDRM kerana telah membuat persembahan didalam negara dan dijemput untuk membuat persembahan diluar negara.Band PDRM memang hebat!

    BalasPadam