Selasa, 14 April 2009

PERSEMBAHAN PANCARAGAM PDRM MACAM PANCARAGAM SEKOLAH ?????....

1. ADA JUGA RAKAN2 BERTANYA KEPADA SAYA "KENAPA PANCARAGAM PDRM TIDAK MEMBUAT PERSEMBAHAN PADANG (BAND DISPLAY) SAMA SEPERTI PANCARAGAM SEKOLAH?? KENAPA BEGITU KETARA PERBEZAAN (DARI SEGI FORMAT) DIANTARA PANCARAGAM PDRM DENGAN PANCARAGAM SEKOLAH??"

2. SAYA MENGETENGAHKAN PERSOALAN INI BUKANLAH BERTUJUAN UNTUK MERENDAHKAN MARTABAT PANCARAGAM SEKOLAH. HARUS DIINGAT BAHAWA ADA PANCARAGAM SEKOLAH KITA DI MALAYSIA INI PERNAH MENJADI "TOP THREE" DALAM PERTANDINGAN PANCARAGAM PERINGKAT ANTARABANGSA. SAYA TURUT BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN PANCARAGAM SEKOLAH KITA. MEREKA MEMANG HEBAT!

3. BERBALIK KEPADA PERSOALAN PADA PARA (1) DI ATAS, APA YANG INGIN SAYA BAWA KEPADA PENGETAHUAN PENGUNJUNG / PEMINAT PANCARAGAM DI BLOG INI ADALAH TENTANG PENJELASAN DAN JAWAPAN SAYA MENGENAI PERBEZAAN ITU.

4. ANTARA PERSOALAN LAIN YANG MEREKA AJUKAN IALAH "ADAKAH PANCARAGAM PDRM TIDAK MAMPU UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN MENGIKUT FORMAT PANCARAGAM SEKOLAH?? KALAU MAMPU, KENAPA TIDAK BUAT?"

5. SEBENARNYA PANCARAGAM PDRM MAMPU UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN MENGIKUT FORMAT SEPERTI PANCARAGAM SEKOLAH. MALAH KAMI MUNGKIN LEBIH BAIK DARI MEREKA WALAUPUN ADA DIKALANGAN KAMI YANG UMURNYA SUDAH MENJANGKAU 50 TAHUN TETAPI MASIH IKUT SERTA DI DALAM PERSEMBAHAN PADANG. SIAPA TAHU? TETAPI KENAPA KAMI TIDAK BUAT?? DI SINI JAWAPAN DAN PENJELASAN SAYA BERMULA..

6. UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PANCARAGAM PDRM ADALAH SEBUAH PANCARAGAM UNIT BERUNIFORM YANG SAMA SEPERTI PANCARAGAM UNIT BERUNIFORM YANG LAIN DI DUNIA. PANCARAGAM SEPERTI KAMI INILAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENGIRINGI UPACARA ADAT ISTIADAT KEBESARAN NEGARA. ANTARA CONTOH PACARAGAM SEPERTI INI DI SELURUH DUNIA ADALAH, PANCARAGAM TENTERA (LAUT,UDARA,DARAT), PANCARAGAM POLIS, PANCARAGAM BOMBA DAN LAIN2 LAGI. DI SELURUH DUNIA FUNGSI PANCARAGAM SEPERTI INI HAMPIR SAMA.

7. OLEH ITU DI SETIAP PERSEMBAHAN, KAMI HENDAKLAH MEMBAWA SEKALI IMEJ PASUKAN KAMI DI DALAM SETIAP PERSEMBAHAN. ANTARA IMEJ TERPENTING YANG SAYA MAKSUDKAN ADALAH ELEMEN "KAWAD". ELEMEN "KAWAD" INI JUGA TELAH LAMA DIPRAKTIKKAN OLEH LAIN2 PANCARAGAM YANG SECARA RELATIFNYA SAMA DENGAN KAMI DISELURUH DUNIA.

8. ELEMEN "KAWAD" INI MELIPUTI KESERAGAMAN MELANGKAH, KELURUSAN BARISAN, KESEMPURNAAN PERGERAKAN, SEGAK BERJALAN, KEPEKAAN TERHADAP ARAHAN DARI DRUM MAJOR DAN LAIN2 LAGI. PENDEK KATA IANYA HARUS SEAKAN-AKAN SUATU PERBARISAN "ALA TENTERA" YANG MENITIK BERATKAN DISIPLIN.

9. SELAIN ITU WALAUPUN BUKAN SATU KEMESTIAN, PEMILIHAN LAGU SEBOLEH-BOLEHNYA BERENTAK MARCHING (LAGU2 PERBARISAN) SAMA ADA SLOW MARCH ATAUPUN QUICK MARCH DAN JUGA PAKAIAN HARUS NAMPAK MENARIK SESUAI DENGAN IMEJ PASUKAN PANCARAGAM.

10. NAMUN DEMIKIAN TIDAKLAH BERMAKNA KAMI TIDAK BOLEH BEBAS DAN LEBIH KREATIF, CUMA DI DALAM SETIAP "PERSEMBAHAN PADANG" ITU KAMI HARUSLAH SESEKALI MENYELITKAN ELEMEN "KAWAD" DAN UNSUR2 LAIN YANG TERSEBUT DIATAS. SIAPALAH KAMI TANPA JENAMA "POLIS DIRAJA MALAYSIA". WALAUPUN KAMI ANGGOTA PANCARAGAM, TAPI PADA HAKIKATNYA KAMI JUGA ADALAH ANGGOTA POLIS YANG SAMA KUASANYA SEPERTI POLIS2 YANG LAIN.

11. ELEMEN2 DAN UNSUR2 INILAH YANG MEBUATKAN PERSEMBAHAN PADANG (BAND DISPLAY) PANCARAGAM PDRM MALAYSIA BERBEZA DENGAN PANCARAGAM SEKOLAH. MALAH BUKAN KAMI SAHAJA BEGITU, MANA2 PANCARAGAM UNIT BERUNIFORM SEPERTI KAMI DISELURUH DUNIA JUGA BAGITU.

12. UNTUK LEBIH MENCERAHKAN LAGI TENTANG APA YANG TELAH SAYA JELASKAN DI ATAS, PENGUNJUNG2 BLOG "PANCARAGAM MALAYSIA" BOLEHLAH MENONTON KLIP VIDEO DI HALAMAN YOUTUBE (KLIK DISINI). DIHARAP IANYA BOLEH MEMBANTU PENGUNJUNG2 BLOG INI MEMAHAMI APA YANG TELAH SAYA PERKATAKAN.

13. UNTUK KALI INI, INGIN SAYA PERTONTONKAN PENGUNJUNG2 BLOG INI DENGAN KLIP VIDEO PANCARAGAM PDRM (PUSAT) SEMASA MEMBUAT LATIHAN PERSIAPAN UNTUK PERSEMBAHAN "Adelaide International Police Tattoo 2006" DI AUSTRALIA YANG TELAH LALU.

SEKIAN. WASSALAM...



6 ulasan:

  1. tahniah tanpa anda pancaragam sabah tidak di kenali semua .

    BalasPadam
  2. salam...

    terpanggil utk singgah sebab saya sedang cr info utk wat paper kelulusan penubuhan pasukan pancaragam...adakah praktis di PDRM sama seperti agensi2 kerajaan yang lain? ada rules yang perlu dipatuhi?

    BalasPadam
  3. Di manakah logo, gambar pasukan & gambar persembahan pancaragam PDRM dan berpakah keahliannya setakat ini?

    BalasPadam
  4. betul jugak saudara halim....kalu boleh kta leh download logo pancaragam pdrm

    BalasPadam
  5. Saudara Halim..sebagai Instruktor pancaragam sekolah, saya ingin berkongsi dengan saudara tentang perkara2 yang telah saya ketahui dan sudah saya lalui...jika PDRM atau pasukan saya membuat persembahan, ada DUA(2) jenis persembahan yang boleh kita lakukan..iaitu..
    1.Statik dan dalam konset form (tidak memerlukan pergerakan ..just march in n out before n after done)
    2.Formation..ini mengundang perbezaan ketara kerana pemilihan lagu sama March atau apa saja style lagunya..dari pop hingga ke tradisional pergerakan adalah melalui setiap detik pada lagu..boleh lihat contoh2 NATCOMP & Wolrd Marching Band formation...jadi, pada saya tidaklah harus kita dipertikaikan kerana masing-masing empunya kekuatan tersendiri itu yang unik antara pasukan2 pancaragam yang ada..
    Anda tidak perlu bimbang, kerana audience yang melihat dan mendengar persembahan ketika itu harus kita didik mereka bahawa inilah pancaragam..walaupun tugasan kita adalah kecil..tetapi muzik itu indah dan berseni..mereka sebahagiannya menikmati muzik tanpa ada kesedaran seperti kita(bukan semua dan tidak smua yang tidak berpengetahuan)..
    saudara dan saya serta yang lain samada di Sabah dan Sarawak mauhpun di Tanah Malaya kita adalah bersaudara dalam menjalankan tugas sebagai pemainnya..bukan POLIS.TENTERA,SEKOLAH atau apa2 saja..kita pembawa Muzik kepada mereka..
    Maafkan saya jika ada yang tersinggung dengan kenyataan saya ini..

    jebatking
    an2king@yahoo.com

    BalasPadam
  6. Pancaragam PDRM..pernah dikritik kerana lembik dalam kawad..(1)ini disebabkan tidak ada lagu lagu march dimainkan semasa formation..Lagu march hanya POLIS SEDIA BERKHIDMAT...(2)Lama hentak kaki..sekitar 4minit.Buang MASA..(3)ramai anggotanya menjangkau usia 45tahun...tenaga dah slow..(4)diselitkan dgn tarian poco poco dan rock & roll...(5)Banyak duk layan tugas acara padang...sampai acara indoor dah tak ada kesempatan buat latihan..

    BalasPadam