Ahad, 19 April 2009

"ROAD MARCH" DI SAMPORNA SABAH SEMPENA REGATTA LEPA




1. SELAIN DARI PERSEMBAHAN PADANG (BAND DISPLAY), PANCARAGAM PDRM JUGA MEMPUNYAI SATU BENTUK PERSEMBAHAN YANG DIPANGGIL "ROAD MARCH". SAYA SENDIRIPUN KURANG PASTI APAKAH ISTILAHNYA DALAM BAHASA MALAYSIA.

2. ROAD MARCH DILAKUKAN DENGAN BERARAK DI JALAN RAYA SAMBIL BERMAIN MUZIK MENGELILINGI PEKAN/BANDAR DARI SATU POINT KE SATU POINT YANG LAIN DAN BERAKHIR DI TAPAK PESTA DI SESEBUAH PEKAN/BANDAR. SILA KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI CONTOH ROAD MARCH YANG SAYA MAKSUDKAN.

3. PADA UMUMNYA ROAD MARCH INI BERTUJUAN SEBAGAI MEMAKLUMKAN TENTANG KEHADIRAN SEBUAH PASUKAN PANCARAGAM YANG AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DI SESEBUAH PEKAN ITU. IANYA JUGA BERTUJUAN UNTUK MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN SESUATU PESTA DIKAWASAN TERSEBUT.

4. KINI ROAD MARCH DIPELBAGAIKAN FUNGSI DAN TUJUANNYA, ANTARA LAIN UNTUK MENGIRINGI PERARAKAN SESEBUAH ORGANISASI, PERARAKAN SEMPENA MESRA RAKYAT PDRM DAN SEBAGAINYA.

5. PADA KALI INI SAYA SERTAKAN RAKAMAN KLIP VIDEO ROAD MARCH KAMI YANG DI BUAT DI PEKAN SAMPORNA SABAH SEMPENA SAMBUTAN PESTA REGATTA LEPA PADA 18/04/2009 BARU2 INI. "REGATTA LEPA" ADALAH SECARA RINGKASNYA MERUJUK KEPADA PESTA/SUKAN AIR.





P/S: mohon maaf kerana audio dan visual tidak begitu memuaskan. almaklum sajalah dirakam menggunakan handphone camera saja.. HEHE..


SEKIAN. WASSALAM...

1 ulasan:

  1. Ramai juge peminat police band di samporna tu ye!

    BalasPadam